Home        About Us        System        Testimonies        Contacts        Join Us       FAQ       Members

 
 

Available Languages :
 

Sponsor

mustapa mansor (135)

Contact sponsor...

Program info

Started : Jan 02 '07
Active member : 114
Total payment : $798
Member online  : 1
Visitor online : 7
Hits today : 61
Total hits   : 89521
100 Last Payments :
Payment Reports...

News

-. SURAT MAPIM DAN SHURA BUAT ISMAEL HANIYEH...

PERMOHONAN BERSAMA MER-C INDONESIA UNTUK MEMBINA HOSPITAL KANAK-KANAK DI GAZA CITY


Mendoakan keselamatan dan kesejahteraan ke atas Yang Mulia Tuan . Moga-moga Allah menerima segala perjuangan Ya...


-. RAMADHAN MARCH FOR FREEDOM / RAMDHAN DI GAZA..

PROGRAM KESEDARAN BEBASKAN GAZA, SELAMATKAN AL AQSA PASCA MAVI MARMARA DISERANG:

Info lengkap sila ke FB: Mustapa Mansor@fb.com

RAMADHAN MARCH FOR FREEDOM / RAMADHAN DI GAZA



-. Mengikuti ceramah HABIB RIZIQ DAN BEBERAPAACARA DI JKT..

 
  Tamu dari Hamas dan KISPA...

TAMU DARI HAMAS DAN KISPA...

Mengenal Jama’iy

Rabu, 17/02/2010 00:43 WIB |
Kenapa kita biarkan sdr kita di Selatan Thai..??

KENAPA KITA BIARKAN

NASIB UMAT DI SELATAN THAI..?

News...

Member's Ads

Classified ads..

 

N E W S

1.
Date : 19/07/2010 04:33
SURAT MAPIM DAN SHURA BUAT ISMAEL HANIYEH...

PERMOHONAN BERSAMA MER-C INDONESIA UNTUK MEMBINA HOSPITAL KANAK-KANAK DI GAZA CITY


Mendoakan keselamatan dan kesejahteraan ke atas Yang Mulia Tuan . Moga-moga Allah menerima segala perjuangan Yang Mulia Tuan sebagai amal soleh.
Kami bermula dengan memperkenalkan diri kami. Saya adalah ustaz Abdul Ghani Samsudin , Pengerusi kepada Sekeretariat Himpunan Ulama Rantau Asia (SHURA). SHURA ditubuhkan sejak 2005 . Ia adalah sebuah wadah yang bergerak untuk memperkasakan ulama bagi memperanan mengembalikan semula ‘ izzah ummah melalui da’wah dan pembangunan insan. Ia mempuyai keanggotaan dari beberapa negara seperti Malaysia , Indonesia , Thailand , Kemboja , Filipina , Singapore , Sri Langka , Pakistan , iran , Lebanon dan Syria .
Manakala Hj Mohd Azmi adalah Setiausaha Agong SHURA juga merangkap Setiausha Agong Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM). MAPIM ialah badang gabungan 24 organisasi Islam di Malaysia yang berfungsi mengembleng tenaga untuk melakukan transformasi ummah kea rah khairo ummah.
Merujuk kepada perkara diatas sukacita dimaklumkan bahawa Hj Mohd Azmi Abdul Hamid pada 4 hb Julai 2010 yang lalu telah berangkat ke Jakarta dan bertemu dengan Presiden Mer-c Indonesia , Dr Joserizal Jurnalis.
Dalam pertemuan tersebut Dr Joserizal telah memaklumkan kepada Hj Azmi bahawa Yang Mulia Tuan telah mengadakan MOU dengan pihaknya bagi mengizinkan pembinaan sebuah Hospital di atas sebidang tanah di utara Gaza yang dipersetujui oleh Yang Mulia Tuan.
Dr Joserizal ada mencadangkan agar Malaysia turut bersama agar membangunkan sebuah Hospital Kanak-kanak di atas tersebut.
Kami dari Malaysia menyambut baik cadangan itu dan berpendapat ia adalah cadangan yang sangat sesuai untuk dilaksanakan.
Pihak ahli jawatankuasa SHURA dan MAPIM telah menerima cadangan ini dan memutuskan untuk menjayakannya .
Oleh kerana itu kami mengutus surat ini untuk mendapat persetujuan dari pihak tuan agar kami dapat mengusahakan dana dan kepakaran yang diperlukan supaya pembangunan Hospital Kanak-kanak itu dapat menjadi realiti.
Untuk makluman Yang Mulia , hasrat ini menjadi sebahagian dari usaha kami yang terdekat untuk melancarkan Misi Ramadhan di Gaza dengan tema Ramadhan March for Freedom melalui Rafah.
Seramai 20-40 orang aktivis masayarakat di Malaysia terdiri dari Ulama’ , Ahli parlimen , wakil NGO , wakil Media serta tokoh masyarakat akan turut serta dalam konvoi ini.
Tujuan Misi Ramadhan ini adalah untuk menyampaikan bantuan kemanusiaan kepada rakyat Gaza pada bulan Ramadhan sekaligus meminta agar pihak berkuasa Mesir membuka pintu Rafah seperti sediakala.
Mengambil kesempatan dari ziarah kami ke Gaza , kami mendapati sangat baik untuk mengambil kesempatan bertemu dengan Yang Mulia Tuan untuk mengadakan perjanjian antara rakyat Malaysia dan kepimpinan pihak berkuasa Gaza bagi membangunkan sebuah hospital Kanak-kanak di atas sebahagian bidang tanah tersebut.
Kami dengan ini memohon persetujuan pihak tuan agar hasrat ini berjayakan dilaksanakan.
Kami sangat mengharapkan agar pihak tuan dapat memberi maklumbalas kepada kami agar , jika kami berjaya masuk ke Gaza pada Ramadhan ini , sebuah perjanjian dapat dimeterai antara pihak Yang Mulia Tuan dengan kami.
Kami akan berangkat dari Kuala Lumpur pada 6 hb Ogos 2010 dan akan cuba masuk ke Gaza pada 8hb atau 9 hb Ogos 2010 . Kami bercadang untuk berada di Gaza selama 4-5 hari untuk beramadhan di sana. Insyallah jika usaha kami berjaya , bantuan kemanusiaan berbentuk makanan dan ubatan akan dapat disampaikan kepada pihak berkuasa Gaza.
Kami sangat berbesar hati jika pihak yang Mulai Tuan dapat memberi maklumbalas kami kami.

Sekian Wassalam.

Akhukum fillah

Ustaz Abdul Ghani Samsudin Mohd Azmi Abdul Hamid
Penegrusi SHURA Setiausha Agong SHURA / MAPIM


2.
Date : 03/04/2010 11:20
RAMADHAN MARCH FOR FREEDOM / RAMDHAN DI GAZA..

PROGRAM KESEDARAN BEBASKAN GAZA, SELAMATKAN AL AQSA PASCA MAVI MARMARA DISERANG:

Info lengkap sila ke FB: Mustapa Mansor@fb.com

RAMADHAN MARCH FOR FREEDOM / RAMADHAN DI GAZA

AKAN BERANGKAT DARI KUALA LUMPUR PADA 6 OGOS 2010:

KAHERAH 2 HARI DAN TERUS KE RAFAH DAN MASUK KE GAZA SELAMA 5 HARI.

PUASA DAN BERBUKA BERSAMA SAUDARA KITA DI GAZA..!!

YANG BERMINAT SILA HUBUNGI KAMI:

SEKRETARIAT MAPIM:
DIAMOND SQUARE, JLN GOMBAK, KL
+6012-3333825 / +60143249697

Utara: Ust. Zulkifli : 017-5554828 (Jama'iy Perak)
Kedah Wehdah: Ust Tarmizi:017-5606131
Perak Jama'iy: Hj. haron: 019-2606278

Kelantan GNK: Abu Usamah Misi Cakna Palestin: 019-9692228

Selatan: Saari: 013-7237786 (Teras Johor)
Johor PUM dan Teras: Awaluddin : 016-7036246
Melaka Silat Kalimah: Syed Ahmad: 019-7679700

Di Selangor:Muain 013-4909498

Shah Alam:
Kuala Selangor:
Hulu Selangor:
Sg Buluh: Susi
Kelang:

Di WP : isma: 019-3837490
Kl Bandar:
Wangsa Maju:
Sentul: Kamil
Cheras: Khairul
Bandar Tun Razak:
Titiwangsa:

Penglibatan NGO:

TERAS
JAMA'IY
WEHDAH
FORUM
GNK
BAROKAH
MAMPAT
SILAT KALIMAH
PUM
KLAB MOTOR BESAR
KLAB SEKUTER
MARESS
MUSLIM CARE
DPIM
ABIM
JIM
IKRAR
SALIMAH
MUADZ PRODUCTION
NASYID.COM
E-RELAWAN
PENGGIAT SENI
SMS MEDIA.COM
IIC club
Unisel Club

Saujana

UNIC

HIJJAZ

Remaja Masjid

Daie

Sinar Harian

Majalah Asuh

I lUV Islam

Majalah Mastika

DLL


3.
Date : 26/02/2010 16:57
Mengikuti ceramah HABIB RIZIQ DAN BEBERAPAACARA DI JKT..
 
 

Wednesday, February 24, 2010

Semalaman Mengikuti ceramah dan dakwah Habib Riziq di Jakarta..





























































































25 Febr..



Setelah selesai program UJN di UI Jakarta, saya berpeluang bersama Cikgu Azmi dan rombongan Malaysia Thailand bersua muka dengan sebahagian pimpinan MPP PKS dan para ahli sokongan di bidang ekonomi PKS di bangunan baru mereka yang tersergam indah. Mabruk ..semoga bangunan baru ini menjadi penguat daya usaha merealisasikan program umat di Indonesia. Dengan beberapa sesi saling tukar maklumat dan idea, terasa bagitu besarnya amanah umat di pundak ini. Banyak lagi yang belum berjalan dan diselesaikan. Belum dan masih jauh perjalanan ini dirasakan setelah kami bersurai.

Selepas zohor rombongan terbahagi dua. Satu ke Tanah Abang bertemu dengan Ust. Ferry Noor yang merupakan ketua KISPA (salah sebuah ngo penggerak aktiviti kordinasi bantuan Palestin) di Jakarta. Rombongan kedua terus ke restoran untuk makan tengahari.

Kami tiba di pejabat KISPA sekitar jam 4 petang kerana jalan yang macet dan alamat yang tidak jelas. Alhamdulillah dengan pertemuan singkat tersebut kami dapat mengutip beberapa idea untuk menjayakan program viva Palestin dalam tempuh waktu terdekat kerana program itu dianjak ke depan pada akhir Mac 2010.

Alhamdulillah, program untuk berkunjung ke Islamic Qaddafi Centre ditangguhkan pada hari esuknya dan begitu juga pertemuan dengan Habib Riziq (Ketua FPI..Front Pembela Islam).

Seperti yang direncanakan setelah balik dari IQC di Sentul, saya dan Ust Ferry Noor terus ke rumah Habib. Sekitar jam 5 kami tiba dan dapat melihat ruang kamar yang di penuhi kitab-kitab serta ruang taman yang segar di depan sebuah rumah yang di diami oleh Habib dan keluarganya. Dari sms yang diterima, saya teruja dengan pelawaan Habib untuk membawa saya bersama melihat aktiviti dakwah yang beliau lakukan di sekitar Jakarta. Jadi semasa pertemuan ta'ruf awal, saya dapat menyerahkan sebuah cd dan buku panduan e-relawan sebagai cenderamata.

Sekitar jam 5.30 petang saya memilih untuk turut sama melihat aktiviti dakwah Habib dan menunda ke esuk paginya ke Bandung. Saya teringin sekali untuk memahami apakah bentuk dan sistem dakwah yang dilaksanakan beliau sejak beberapa tahun yang lampau. Saya dibawa bersama ke pentas utama dan diperkenalkan dengan tokoh utama dari para habaib. Setelah ketiga tempat undangan selesai kami balik ke rumah Habib dengan menyediakan kamar istimewa buat istirehat.

Sebelum memejamkan mata, ceramah, pesan dan hujah Habib berligar di kepala. Mungkin boleh menjadi bahan pemikiran kita bersama:

1. Masyarakat Indonesia umumnya masih menerima dan sangat menghormati institusi Habaib. Dibandingkan dengan Malaysia dan di beberapa negara lain rasanya Indonesia masih kuat mempertahankannya.

2. Ketokohan Habaib bagaikan sesuatu yang amat istimewa sehinggakan ianya melebihi dari struktur rasmi kenegaraan terutama dari segi adat istiadat dan upacara sambutan rasmi dalam Islam.

3. Karesmatik yang dibangun oleh para Habaib juga hebat kerana ianya dari keperibadian yang dibina turun temurun oleh sistem adat, keluarga dan Islam itu sendiri. Tidak mudah bagi seseorang untuk menirunya jika tidak dari root (akar tunjang) yang jelas.

4. Realiti medan dakwah di bumi Indonesia masih luas dan keberkesanannya sangat erat dengan pengaruh dari para Habaib. Jika Habibnya soleh maka umatnya akan mudah mengikutinya!!

Sepanjang malam bertemu dengan para jemaah di kota Jakarta dan para pendokong Habib, saya terasa amat bertuah kerana aura semangat dari Habib serta FPI meresap ke dalam jiwa. Dengan laungan takbir yang bermakna, laungan militan dan selogan jiwa yang tertidur pasti akan bangun menyatakan pendiriannya.. Cara ceramah, hujah dll juga merupakan faktur pembantu kenapa beliau berjaya menarik ramai anak muda bersama FPI. Hebat..Allahuakbar..

Saya hanya ingin menyatakan sementara bahawa..seribu Habib perlu dilahirkan agar lebih ramai lagi umat yang terbela...(foto menyusul..)


4.
Date : 18/02/2010 02:47
Tamu dari Hamas dan KISPA...

TAMU DARI HAMAS DAN KISPA...

Mengenal Jama’iy

Rabu, 17/02/2010 00:43 WIB |

Ibrahim dari bengkulu, beli kerang untuk keluarga,

Silaturrahim memang perlu, bagi orang yang ingin ke surga.

Selengkapnya di blog: www.erelawanmuslim.blogspot.com



5.
Date : 18/02/2010 02:46
Kenapa kita biarkan sdr kita di Selatan Thai..??

KENAPA KITA BIARKAN

NASIB UMAT DI SELATAN THAI..?

Rabu, 2010 Februari 17

MANGSA PEMBUNUHAN
 
DI NARATHIWAT

sebelah kiri anak Bardatee berusia 3 tahun dan sebelah kanan
berusia 14 bulan .. anak yatim ini kehilangan ayah dan ibu
serta nenek

anak Bardatee dipangkuan nenek kepada Bardatee
PEMBUNUHAN DI NARATHIWAT

Ibu yang kena tembak

Anak yang kena tembak

Selengkapnya di: www.erelawanmuslim.blogspot.com



6.
Date : 10/02/2010 11:31
PELANCARAN WACANA ILMI JAMA'IY BERMULA DI PERAK..

Pada 7 hb Febr hampir 150 hadir di Dewan Persekutuan Seruan Islam Ipoh bagi mengikuti program WACANA ILIMI JAMA'IY pelancaran bulanan anjuran Jama'iy kerjasama dengan Seruan Islam Perak.

Latar belakang program:
 
Wacana Ilmi Jama'iy adalah program terbuka kepada seluruh umat Islam setiap bulan. Program ini juga adalah gabungan aktiviti bagi para e-relawan yang telah bergabung bagi memantapkan pemikiran dan ilmu mereka agar dapat melaksanakan aktiviti sosial dengan berkesan. Begitu juga program ini mensasarkan kepada para aktivis masyarakat, ngo dan para dai yang sedang giat melaksanakan aktiviti mereka di seluruh negeri Perak.

Pendekatan WACANA ILMI JAMA'IY:

Gabungan tradisi ilmu yang tulin dengan pendekatan moden sepserti menggunakan alat bantu mengajar (ABM-lcd dan multimedia).
Para peserta tidak dikenakan sebarang bayaran cuma digalakkan mempunyai kitab rujukan kerana target Jama'iy setelah mereka mengikuti wacana dengan sempurna, mereka akan terus menyebarkan ilmu tersebut ke seluruh daerah di negeri Perak.
Para ustaz dan pemudah cara diberi syarat agar tidak menyentuh mana-mana pihak secara personal atau parti politik. Kami mahu inti dari ilmu ini dihadam serta mampu merubah masyarakat.
Para peserta juga akan diberi sijil setelah mengikuti program ini dengan disiplin yang tinggi.
Pendekatan online konferansi dari beberapa ulama seluruh dunia akan kami mulakan setelah beberapa kesepakatan dapat dimeterai.

Kami menyeru kepada seluruh umat Islam khasnya di Perak agar mahu bersama dengan program ini.

Rujukan website: www.e-s2u.com

Tq
Mustapa
0123333825

7.
Date : 29/01/2010 22:21
Penjelasan kepada Qadhi di Kuantan Pahang..

WEDNESDAY, JANUARY 27, 2010

Penjelasan ringkas tentang e-relawan di Hotel Seri Malaysia Kuantan.

Foto: penjelasan ringkas di Hotel Seri Malaysia Kuantan.

8.
Date : 27/01/2010 05:22
Kempen Islam Kaffah dan forum di KIPSAS

MONDAY, JANUARY 25, 2010

Kempen Islam Kaffah dan forum di KIPSAS



9.
Date : 21/01/2010 16:37
DARI BM KE PULAU PINANG

MALAM TERAKHIR DI BM..



Foto: Pelajar IKBN perempuan yang ikut serta..

Foto: Taklimat di IKBN BM..

Foto: Pelajar IKBN sedang mengikuti taklimat relawan.
 Selengkapnya di:www.erelawanmuslim.blogspot.com



10.
Date : 20/01/2010 14:28
MISI KE BUKIT MERTAJAM DAN BUTTERWORTH

MISI KE BUKIT MERTAJAM DAN BUTTERWORTH




Foto: Antara pelajar perempuan asrama Masriyah BM.


Foto: Pelajar lelaki asrama Masriyah BM.




11.
Date : 17/01/2010 16:02
RAKYAT MISKIN..SALAH SIAPA?

Siapakah yang mahu membela rakyat?



Foto: Taklimat ringkas kepada calon relawan dari IPTA sekitar Kuantan.


12.
Date : 16/01/2010 23:13
KEPADA PARA RELAWAN SILA KUNJUNGI BLOG UTK INFORMASI LENGKAP..

AKTIVITI LENGKAP :www.e-relawanjamaiy.blogspot.com
 

13.
Date : 15/01/2010 22:20
MISI KE KUANTAN...

MISI KE KUANTAN 2 MALAM 3 HARI

FOTO:Kultum di Masjid Ngeri Sultan Ahmad Shah 1. Kuantan Pahang.

















Foto: Di Masjid Al Hdayah, Ust Baihaqi dan calon relawan dari IPT sekitar Kuantan...


14.
Date : 04/01/2010 13:42
MISI KE LANGKAWI...

SUNDAY, JANUARY 3, 2010

MISI KE LANGKAWI....




15.
Date : 31/12/2009 15:57
Pondok, kelas alquran, kuliah mingguan masih marak di selatan Thai...
 
 Kami sempat bertemu dengan salah seorang su pegawai tertinggi Tentera Thai. Beliau mengundang makan tengahari pada esuk harinya di kem tentera tapi kami tidak dapat bersama kerana ada beberapa program yang telah lebih awal diatur oleh wakil relawan di sana Sdr Murshidi..
 
foto narathiwat,yala,s.petani

 



16.
Date : 26/12/2009 22:49
BERTEMU KOMUNITI KELUARGA MANGSA TATBAI...

BERTEMU KOMUNITI KELUARGA

MANGSA TAKBAI DI NARATHIWAT..





Sdr Marzuki adalah salah seorang mangsa peristiwa TaKbai 2004 yang putus kaki kanannya dan cacat kekal. Hampir seluruh  tubuhnya ada tanda penyeksaan yang diluar kemanusiaan. Semoga Allah memberi beliau kesabaran...!!


26 Dis



Foto: Ust Tarmizi e-relawan, Anuardi Amal Foundation dan Zan bersama Marzuki.


17.
Date : 26/12/2009 03:47
JAULAH e-relawan ke Selatan THAI

JAULAH e-relawan ke Selatan THAI




IKRAR: (Ikatan Kebajikan Rakyat). Badan bebas dan non partisan. Fokus kepada nasib dan kebajikan rakyat.



18.
Date : 24/12/2009 16:06
Taklimat e-relawan di Kem Remaja ..Kaki Bukit Maxwell. Taiping

Taklimat e-relawan di Kem Remaja ..

Kaki Bukit Maxwell. Taiping



IKRAR: (Ikatan Kebajikan Rakyat). Badan bebas dan non partisan. Fokus kepada nasib dan kebajikan rakyat.



24 Dis

Pada 23 Dis, bersama sahabat lama dan bertemu dengan adik-adik di kem remaja memberi inspirasi dan mengembalikan nostalgia masa lalu ketika berada di sekolah menengah kem-kem seperti inilah yang akhirnya membentuk aktivis dakwah di seluruh Malaysia.

Alhamdulillah selepas maghrib saya sempat menyampaikan taklimat tentang e-relawan di bawah tajuk "Kemelut Umat Islam di seluruh dunia dan solusinya.."






19.
Date : 19/12/2009 23:59
Pertemuan Tahunan Teras

Thursday, December 17, 2009

Pertemuan Tahunan Teras "Demokrasi dan masa depan Umat Melayu"
 
I

18 Dis



20.
Date : 16/12/2009 13:43
Jaulah ke Jawa Barat dan Jawa Tengah...


Saturday, December 12, 2009

Jaulah ke Jawa Tengah...

Ust Marsono menunjukkan salah sebuah tempat yang bisa dijadikan outbound training buat e-relawan di kawasan puncak Tawan Mangu..





















Ketika di Solo.







Ketika di Purbalingga...





Memang cukup letih tapi inilah realiti..Sempat menulis puisi..membalas puisi dari ust Hamim...:
Foto: Sofwan melompat...








Bencana di atas bencana
Share

ust Hamim..






Today at 12:54am
Di kaki gunung Slamet tadi malam
kucoba mencari ketenangan
tinggalkan semalam jagat nusantara yang kian kelam
semrawut dan carut marut, skandal demi skandal memalukan
orang-orang penting negeri ini saling pamer kepintaran
bersilat lidah dan beradu hujjah
ujung-ujungnya membingungkan

Di kaki gung Slamet hanya semalam
ada bicara dan rencana orang-orang kecil
tentang cita-cita besar
gagasan brilian dari seorang kawan
jauh datang dari negeri seberang
untuk berkongsi sebuah gagasan

sebuah pergerakan kemanusiaan
nama canggihnya e-relawan
gagasan untuk memberi pertolongan
gagasan untuk satukan kepedulian
antar sesama insan yang berjiwa ihsan
memberi walau sedikit yang membutuhkan

karena,
Gempa bumi di mana-mana
Tsunami telah membinasa
angin lesus telah memporak poranda
banjir bandang telah melanda
menggugah nurani dan kepedulian
orang bangkit memberi bantuan

tapi ada yang terlupakan
gemba yang lebih dahsyat
bencana yang lebih menyayat
adalah bencana kehancuran moral
bencana kematian nurani
bencana kegersangan imani
bencana kehilangan rasa malu dan risi
korupsi, manipulasi, konspirasi
menjadi biasa bak sarapan pagi

inilah bencana di atas bencana
e-relawan mengajak kita semua
bangkit menjadi relawan penyelamat
eksisitensi dan esensi bangsa
bukan hanya membangun rumah yang roboh
mengobati yang sakit
memberi makan yang lapar
tidak kalah pentingnya
membangun tembok iman
membentengi moral bangsa
mengobati jiwa yang lara
menghidupkan nurani yang padam

mari bergabung semua
dengan e-relawan!


Mustapa Mansor

Jazakallah sdr ku yang budiman,
ku ungkapkan rasa kagum atas sambutan,
tanpa bayaran, tanpa harapan pembalasan,
ku belajar dari mu sebuah ihsan,
... See More
sdr ku yang ikhlas,
di kaki gunung Slamet ku bertapa di vila indah,
semalam terasa seminit berlalu,
di hawa dinginkan oleh deru angin segar,
membuat aku lebih sedar,
betapa kukuhnya gunung Slamet ,
besar, megah tidak tergoncang oleh angin,
aku sedar inilah ayat-ayat Nya,
ayat buat yang bernyawa betapa agungnya Dia,

Sdr ku yang sabar,
aku sedar betapa perlunya kekuatan menancap ke bumi,
entah berapa ratus kaki ke dalam bumi aku tidak pasti,
tapi itulah pondasi binaan Ilahi,
perancangan besar perlukan kekuatan,
bersatu dalam ikatan memperkuatkan pondasi,
pondasi imani yang menghidupkan jiwa seribu karya,
seribu karya disusun dalam sebuah sistem,
agar sistem berakar menjalar di mana saja,
meresap ke urat nadi umat,
yang tua, yang muda dan semua diajak bersama,
merentasi laut tenang atau ganas,
mendaki dan menuruni gunung ganang,
melalui dunia maya atau nyata,
demi dakwah dan sebuah kekuatan,

Sdr ku yang jujur,
mohon maaf jika aku hanya datang membawa beban,
yang dipersembahkan hanya sebuah idea,
idea yang besar dibawa oleh seorang insan kerdil seperti ku,
masih banyak yang belum jelas,
masih lemah berakhlak,
kemaafan mu dan sokongan moral mu,
menghilangkan kelelahan perjalanan seribu batu,
harapan ku hanya satu,
e-relawan berputik di hati mu!!!